Kad Kahwin

Menyediakan Perkhidmatan perancangan perkahwinan, rekaan kad kahwin yang profesional dan berbaloi untuk "budget" anda... Boleh didapati untuk rekaan terkini, rekaan sendiri bakal pengantin dan sediaada.

CVD CUN

Monday, July 11, 2011

Perak Beauty & Fashion Fest 2011 di Dataran MBI, Ipoh

Pada 08 Julai - 10 Julai 2011.. untuk memperhebatkan lagi promosi (sejak menambahkan tenaga kerja).. kami telah menyewa satu booth bersama Butik Baiti's Colection..

Sambutan? Mmm.. mengikut pada event's, rasanya tak berapa ramai le orgnye.. maklum le, bukannye jom heboh, hotjam atau karnival upin ipin..

Tapi Alhamdulillah, pengunjung kesini, ramai jugakle yg brekk.. tengok2 kad2 kahwin & pakaian pengantin yg kami pamerkan..

Ada seorang Awek tu, terkejut jugak kerana kad 'custom made' boleh buat kat pekan kecik Batu Gajah je.. selama ini diorang ingat nk grand2 mesti ke kolumponye..

Lagi satu.. ekspo ni dekat dgn uptown ipoh & 'port' org ipoh makan char keoy teow dataran.. bnyk jugak le 'couple' yg betui atau berura-ura nak kawin datang menjengah..

Dalam penelitian kami, nampaknye ramai lagi yg belum buat 'prepairation' utk perkahwinan walaupun majlis sebulan dua lg.. sepatutnya bende2 seperti kad kahwin & pakej2 majlis harus dah pun dibuat.. takde nanti kelam-kabut..
Yang tukang buat kad ni.. akan bertambah kelam-kabutnya..









Sunday, June 12, 2011

Kad Kahwin VIP & VVIP

Alhamdulillah, Syarikat kami telah diberi kepercayaan oleh orang-orang kenamaan dan kerabat- kerabat.
Kad kahwin design terbaru kami "Hard Cover". telah disiapkan awal bulan lalu.








Jadi, sesiapa yang menempah kad kahwin pada kami adalah setanding dengan anak-anak orang kaye kerana idea designnye orang yang sama.. hehehe..

Friday, October 1, 2010

MAKLUMAT SYARIKAT

CREATIVE VISION DESIGN adalah sebuah syarikat milik penuh Bumiputera yang ditubuhkan sejak 08 Ogos 2001. Syarikat kami menyediakan perkhidmatan pengiklanan dari percetakan namecard, pelbagai kad jemputan, kad perkahwinan,stiker, flyers, buku, majalah, sijil, borang, resit, fail, banting, banner, cenderahati, piala, T-shirt, signboard dan lain-lain lagi yang berkaitan.

Hubungi kami: 017-505 0978, email/facebook: cvdesign@mail.com untuk maklumat lanjut dan sebutharga.

Anda juga mungkin meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...